My Rainbow

Salji

Monday, March 12, 2012

Mood Baik Punyaa....

Aiisemen... Caya lah.. mood tengah baik punya nih.. Mood ape agak-agak nyer?? haha...

Mesti lah Mood kahwin.. kan3.. Hurm.. Okey.. tapi sebelum tu.. mesti la nak kumpul duit dulu kan3.. So.. Naa decide nak kumpul kan duit aje sampai ke end of next year.. iye la.. Nak kahwin pakai duit.. pastu nak beli macam2 kan.. pastu lepas kahwin pon nak guna duit buat bende lain jugak kan3.. lagi nak beli kete la pulak... jadi memang kene simpan la.. ^_^

Jadi.. Sekarang nih da bulan 3.. Saving konon2 until bulan 12 tahun depan.. means still 22 bulan lagi. So.. anggaran target untuk saving total RM15000 la.. InsyaAllah berjaya kumpul.. "Permudahkanlah dan limpahkan lah rezeki kepada kami, Ya Allah.." Amin..

Jadi.. SAVING!! Stop memboros OK!!

Sunday, March 11, 2012

Soalan-soalan Temuduga Permohonan Berkahwin

Sumber


1.
Mengucap dua kalimah Shahadah.
2.
Istighfar
3.
Selawat
4.
Rukun Islam
5.
Rukun Iman
6.
Membaca Fatihah
7.
Sebab-sebab berhadas besar.
8.
Larangan ketika berhadas besar.
9.
Lafaz niat dan cara mandi hadas.
10.
Jenis dan bahagian air.
11.
Rukun wudhuk dan perkara yang membatalkan wudhuk.
12.
Solat dan rukun
13.
Bahagian-bahagian najis dan cara bersuci
14.
Rukun nikah dan perkara yang berkaitan dengannya
15.
Tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama.
16.
Tanggungjawab terhadap anak-anak
17.
Aurat lelaki dan perempuan.
18.
Waktu-waktu haram bersetubuh.
19.
Talaq
20.
Hak-hak selepas perceraian.

# Kalo nak lulus nih kene study buku PAFA time sekolah2 dulu.. Naa masih simpan.. Korang ade??? haha

PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINAN di TERENGGANU


Perkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
  1. Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :
    1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :
      • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).
      • Pejabat Agama Daerah berdekatan.
      • Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.
      • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
    2. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):
      • Kad Pengenalan Diri
        • Lelaki
        • Perempuan
        • Wali
        • Dua Saksi (dalam borang)
      • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
      • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
      • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
      • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
      • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
      • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
      • Lain - lain dokumen :
        • 4 keping gambar berukuran pasport
        • Sila pastikan nama Jurunikah
        • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    3. Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.
    * Sila kembarkan dengan sijil asal
    1. Akad Nikah - Bila boleh diadakan majlis akad nikah?
      • Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.
      • Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan
        1. Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.
        2. Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain
        1. Upacara Majlis Akad Nikah
          1. Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.
          2. Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)
          1. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah
            1. Orang yang boleh mengakad nikahkan bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :
              • Wali dengan kebenaran Pendaftar atau
              • Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan yang berkaitan
          2. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah
            • Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00
            • Pendaftaran Perkahwinan
              • Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.
              • Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.
              • Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.
              • Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
                • Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.
                • Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
                  • Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!
                  • Kad Akuan Nikah
                    • Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00.

                  Saturday, March 10, 2012

                  Ku bahagia...!

                  Iyep... Memang bahagia sangat Naa rasa..
                  Pagi tadi bertolak ke Kuala Terengganu.. bersama hubby.. Kitorang pegi majlis kawen kakak ex-classmate Naa.. Sangat happy.. bila jumpa kawan2 yang lame xjumpe.. pastu.. another ex-classmate Naa bagi kad jmputan die pulak nak kawen.. bulan 4 nih... Congratulation babes... tulah.. memang bez kan dorang kahwin awal..

                  Tapi.. Naa cakap2 ngan hubby sambil discuss pasal kitorang pulak.. Jadinya.. Naa memang setuju nak tunggu dia kumpul duit untuk wedding kami... Mungkin 1 tahun atau lebih.. Hanya setakat yang mampu je.. & ya.. memang Naa sanggup tunggu dia..

                  Semoga cinta diredhoi Allah.. & permudahkanlah rezeki & jalan hidup bagi kami..

                  Thursday, March 8, 2012

                  Kecewa kali ke berape entah!!

                  Hmm.. kan susah.. dan tambah kecewa.. bila hati ni serious mahu.. & yakin boleh.. tapi hancur musnah keyakinan tuh bila pihak sebelah sane x setuju!!

                  "Aku bagai perigi mencari timba..."

                  Jadi ape harus ku buat.. untuk bertunang aku kena tunggu 1 tahun!! macam lah bertunang tu pakai duit 10 ribu!!! & untuk ijab kabul.. aku kene tunggu 2 tahun..!! macam lah nak bagi hantaran tinggi2 kat aku!!

                  Sangat kecewa.. dan bertambah kecewa.. Jadi.. aku cuba pujuk hati.. tak perlu fikir & ambil pusing pasal dia.. Ada baiknya aku cari & kumpul duit sendiri dulu.. moga x menyusahkan orang laen.. xperlu tanggung aku dah..

                  Cuma hati ni memang terasa.. Berapa kalilah hati ni perlu disakiti.. Kalau aku bersuara.. Mungkin pihak dia akan fikir.. aku tak memahami keadaan dia.. yang belum bekerja.. belum mampu tanggung aku kot.. hmm.. entah la.. aku x harap pon hantaran 10k ke atas bagai.. aku hanya mahu hubungan yang halal.. sebagai seorang isteri.. yang mampu menyenangkan hati si suami..

                  Tapi.. jika bukan itu mahu dia.. aku x mampu.. sangat xmampu berbuat apa2.. Sedih sungguh...

                  Kurus semangat... Hadooii!!

                  Ok fine.. Kan da cakap ni mission impossible.. Jadi nye seriously impossible la..

                  Ini bercakap tentang mau kurus ok!!

                  Sangat2 susah rasanya mau turun kan berat badan kan.. baru aje turun 2 - 3 kilo.. dah naik balik.. yang paling susah nak lakukan ialah mengawal selera makan!! Hahh.. ini betul punye cerita.. kalau dengan makanan.. no1.. kisah cantik + selim melim dah ditolak ketepi time tuh!! Hadooii.. mane la nak trun berat kan..

                  So,, kan dah rugi berape hari bile berat naik balik.. Jadi.. dengan ini terpaksalah Mission ni dilancarkan balik..!! Re-Starting from today.. 08/03/2012 ! Mission Impossible launch balik.. ^_^

                  # kali nih kau jangan hangat2 taik kucing pulak ye..  Usaha tangge kejayaan!!

                  Saturday, March 3, 2012

                  Weds Part 1 - HANTARAN

                  Listing aje ok.. hoho.. for wedding day nanti.. lagi banyak hantaran.. more than mase tunang.. must be la.. the most important day mey.. so.. bagi naa cukup 13 balas 11 la.. double yang dulu aje.. hihi.. So.. Checklist please!!

                  Hantaran Naa to pihak lelaki..

                  1- Kemeja
                  2- Kasut / Sandals
                  3- Wallet + belt
                  4- Jam tangan (couple set)
                  5- Towel
                  6- Perfume
                  7- Buku (Aku terima nikahnya) DONE!
                  8- Kek
                  9- Coklat
                  10- Sejadah
                  11- Cincin kahwin
                  12- Kain pelikat
                  13- Pulut kuning

                  Hantaran pihak lelaki to Naa..

                  1- Sepasang Kain 
                  2- Kasut + Perfume
                  3- Purse + Handbag
                  4- Jam tangan (couple set)
                  5- Towel
                  6- Kain sembahyang
                  7- Buku (Cinta meraikan kasih dilangit syurga) + Tafsir Al-Quran DONE!
                  8- Kek
                  9- Coklat
                  10- Cincin (recycle cincin tunang) @ Gelang tali tangan
                  11- Wang hantaran

                  Tak sabar nak kawen please..


                  E-Day Part 8 - HANTARAN PREPARATION (V1)

                  Even Naa xtau bila seru kitorang sampai.. tapi slowly Naa prepare barang2 hantaran.. So, 6t xperlu kecoh2 lagi.. semua dah siap kan.. Jadi.. planning mau bagi ape ek hantaran?? biase2 sudah la kan.. masa tunang nih sikit aje la.. 7 balas 5.. ok kan.. simples is better!

                  Hantaran Naa to pihak lelaki..

                  1- Sirih junjung
                  2- Sepersalinan baju nikah
                  3- Kasut (untuk pakai masa Nikah)
                  4- Sampin + Songkok
                  5- Kek
                  6- Coklat
                  7- Puding buah

                  Hantaran pihak lelaki to Naa..

                  1- Sirih junjung
                  2- Cincin Tunang + Cincin Risik
                  3- Sepersalinan baju nikah
                  4- Kasut (untuk pakai masa Nikah)
                  5- Cake + Coklat

                  Warna tema belum ditentukan lagi ok.. after decide warna baju tunang and pelamin.. then baru decide hantaran punya theme ok.. ^_^


                  Friday, March 2, 2012

                  E-Day Part 7 - DIY Mini Dais (V2)

                  Taadaa.. Continue dengan Weds Fever.. Dais for tunang mostly mau the simple one.. tapi tetap cantik.. then.. jumpe la design2 dais latest skarang ni.. DIY la jugak!! Taadaa..