My Rainbow

Salji

Monday, March 12, 2012

Mood Baik Punyaa....

Aiisemen... Caya lah.. mood tengah baik punya nih.. Mood ape agak-agak nyer?? haha...

Mesti lah Mood kahwin.. kan3.. Hurm.. Okey.. tapi sebelum tu.. mesti la nak kumpul duit dulu kan3.. So.. Naa decide nak kumpul kan duit aje sampai ke end of next year.. iye la.. Nak kahwin pakai duit.. pastu nak beli macam2 kan.. pastu lepas kahwin pon nak guna duit buat bende lain jugak kan3.. lagi nak beli kete la pulak... jadi memang kene simpan la.. ^_^

Jadi.. Sekarang nih da bulan 3.. Saving konon2 until bulan 12 tahun depan.. means still 22 bulan lagi. So.. anggaran target untuk saving total RM15000 la.. InsyaAllah berjaya kumpul.. "Permudahkanlah dan limpahkan lah rezeki kepada kami, Ya Allah.." Amin..

Jadi.. SAVING!! Stop memboros OK!!

Sunday, March 11, 2012

Soalan-soalan Temuduga Permohonan Berkahwin

Sumber


1.
Mengucap dua kalimah Shahadah.
2.
Istighfar
3.
Selawat
4.
Rukun Islam
5.
Rukun Iman
6.
Membaca Fatihah
7.
Sebab-sebab berhadas besar.
8.
Larangan ketika berhadas besar.
9.
Lafaz niat dan cara mandi hadas.
10.
Jenis dan bahagian air.
11.
Rukun wudhuk dan perkara yang membatalkan wudhuk.
12.
Solat dan rukun
13.
Bahagian-bahagian najis dan cara bersuci
14.
Rukun nikah dan perkara yang berkaitan dengannya
15.
Tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama.
16.
Tanggungjawab terhadap anak-anak
17.
Aurat lelaki dan perempuan.
18.
Waktu-waktu haram bersetubuh.
19.
Talaq
20.
Hak-hak selepas perceraian.

# Kalo nak lulus nih kene study buku PAFA time sekolah2 dulu.. Naa masih simpan.. Korang ade??? haha

PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINAN di TERENGGANU


Perkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
  1. Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :
    1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :
      • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).
      • Pejabat Agama Daerah berdekatan.
      • Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.
      • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
    2. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):
      • Kad Pengenalan Diri
        • Lelaki
        • Perempuan
        • Wali
        • Dua Saksi (dalam borang)
      • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
      • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
      • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
      • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
      • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
      • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
      • Lain - lain dokumen :
        • 4 keping gambar berukuran pasport
        • Sila pastikan nama Jurunikah
        • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    3. Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.
    * Sila kembarkan dengan sijil asal
    1. Akad Nikah - Bila boleh diadakan majlis akad nikah?
      • Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.
      • Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan
        1. Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.
        2. Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain
        1. Upacara Majlis Akad Nikah
          1. Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.
          2. Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)
          1. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah
            1. Orang yang boleh mengakad nikahkan bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :
              • Wali dengan kebenaran Pendaftar atau
              • Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan yang berkaitan
          2. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah
            • Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00
            • Pendaftaran Perkahwinan
              • Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.
              • Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.
              • Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.
              • Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta'liq)
                • Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta'liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.
                • Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
                  • Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!
                  • Kad Akuan Nikah
                    • Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00.

                  Saturday, March 10, 2012

                  Ku bahagia...!

                  Iyep... Memang bahagia sangat Naa rasa..
                  Pagi tadi bertolak ke Kuala Terengganu.. bersama hubby.. Kitorang pegi majlis kawen kakak ex-classmate Naa.. Sangat happy.. bila jumpa kawan2 yang lame xjumpe.. pastu.. another ex-classmate Naa bagi kad jmputan die pulak nak kawen.. bulan 4 nih... Congratulation babes... tulah.. memang bez kan dorang kahwin awal..

                  Tapi.. Naa cakap2 ngan hubby sambil discuss pasal kitorang pulak.. Jadinya.. Naa memang setuju nak tunggu dia kumpul duit untuk wedding kami... Mungkin 1 tahun atau lebih.. Hanya setakat yang mampu je.. & ya.. memang Naa sanggup tunggu dia..

                  Semoga cinta diredhoi Allah.. & permudahkanlah rezeki & jalan hidup bagi kami..

                  Thursday, March 8, 2012

                  Kecewa kali ke berape entah!!

                  Hmm.. kan susah.. dan tambah kecewa.. bila hati ni serious mahu.. & yakin boleh.. tapi hancur musnah keyakinan tuh bila pihak sebelah sane x setuju!!

                  "Aku bagai perigi mencari timba..."

                  Jadi ape harus ku buat.. untuk bertunang aku kena tunggu 1 tahun!! macam lah bertunang tu pakai duit 10 ribu!!! & untuk ijab kabul.. aku kene tunggu 2 tahun..!! macam lah nak bagi hantaran tinggi2 kat aku!!

                  Sangat kecewa.. dan bertambah kecewa.. Jadi.. aku cuba pujuk hati.. tak perlu fikir & ambil pusing pasal dia.. Ada baiknya aku cari & kumpul duit sendiri dulu.. moga x menyusahkan orang laen.. xperlu tanggung aku dah..

                  Cuma hati ni memang terasa.. Berapa kalilah hati ni perlu disakiti.. Kalau aku bersuara.. Mungkin pihak dia akan fikir.. aku tak memahami keadaan dia.. yang belum bekerja.. belum mampu tanggung aku kot.. hmm.. entah la.. aku x harap pon hantaran 10k ke atas bagai.. aku hanya mahu hubungan yang halal.. sebagai seorang isteri.. yang mampu menyenangkan hati si suami..

                  Tapi.. jika bukan itu mahu dia.. aku x mampu.. sangat xmampu berbuat apa2.. Sedih sungguh...

                  Kurus semangat... Hadooii!!

                  Ok fine.. Kan da cakap ni mission impossible.. Jadi nye seriously impossible la..

                  Ini bercakap tentang mau kurus ok!!

                  Sangat2 susah rasanya mau turun kan berat badan kan.. baru aje turun 2 - 3 kilo.. dah naik balik.. yang paling susah nak lakukan ialah mengawal selera makan!! Hahh.. ini betul punye cerita.. kalau dengan makanan.. no1.. kisah cantik + selim melim dah ditolak ketepi time tuh!! Hadooii.. mane la nak trun berat kan..

                  So,, kan dah rugi berape hari bile berat naik balik.. Jadi.. dengan ini terpaksalah Mission ni dilancarkan balik..!! Re-Starting from today.. 08/03/2012 ! Mission Impossible launch balik.. ^_^

                  # kali nih kau jangan hangat2 taik kucing pulak ye..  Usaha tangge kejayaan!!

                  Saturday, March 3, 2012

                  Weds Part 1 - HANTARAN

                  Listing aje ok.. hoho.. for wedding day nanti.. lagi banyak hantaran.. more than mase tunang.. must be la.. the most important day mey.. so.. bagi naa cukup 13 balas 11 la.. double yang dulu aje.. hihi.. So.. Checklist please!!

                  Hantaran Naa to pihak lelaki..

                  1- Kemeja
                  2- Kasut / Sandals
                  3- Wallet + belt
                  4- Jam tangan (couple set)
                  5- Towel
                  6- Perfume
                  7- Buku (Aku terima nikahnya) DONE!
                  8- Kek
                  9- Coklat
                  10- Sejadah
                  11- Cincin kahwin
                  12- Kain pelikat
                  13- Pulut kuning

                  Hantaran pihak lelaki to Naa..

                  1- Sepasang Kain 
                  2- Kasut + Perfume
                  3- Purse + Handbag
                  4- Jam tangan (couple set)
                  5- Towel
                  6- Kain sembahyang
                  7- Buku (Cinta meraikan kasih dilangit syurga) + Tafsir Al-Quran DONE!
                  8- Kek
                  9- Coklat
                  10- Cincin (recycle cincin tunang) @ Gelang tali tangan
                  11- Wang hantaran

                  Tak sabar nak kawen please..


                  E-Day Part 8 - HANTARAN PREPARATION (V1)

                  Even Naa xtau bila seru kitorang sampai.. tapi slowly Naa prepare barang2 hantaran.. So, 6t xperlu kecoh2 lagi.. semua dah siap kan.. Jadi.. planning mau bagi ape ek hantaran?? biase2 sudah la kan.. masa tunang nih sikit aje la.. 7 balas 5.. ok kan.. simples is better!

                  Hantaran Naa to pihak lelaki..

                  1- Sirih junjung
                  2- Sepersalinan baju nikah
                  3- Kasut (untuk pakai masa Nikah)
                  4- Sampin + Songkok
                  5- Kek
                  6- Coklat
                  7- Puding buah

                  Hantaran pihak lelaki to Naa..

                  1- Sirih junjung
                  2- Cincin Tunang + Cincin Risik
                  3- Sepersalinan baju nikah
                  4- Kasut (untuk pakai masa Nikah)
                  5- Cake + Coklat

                  Warna tema belum ditentukan lagi ok.. after decide warna baju tunang and pelamin.. then baru decide hantaran punya theme ok.. ^_^


                  Friday, March 2, 2012

                  E-Day Part 7 - DIY Mini Dais (V2)

                  Taadaa.. Continue dengan Weds Fever.. Dais for tunang mostly mau the simple one.. tapi tetap cantik.. then.. jumpe la design2 dais latest skarang ni.. DIY la jugak!! Taadaa..











                  Tuesday, February 28, 2012

                  Seriously I in Love...

                  Cinta.. Kadang2 sangat menyakitkan hati.. terluka dan pedih sesangat.. Tapi.. kadang2 jugak bahagia hingga merasa dunia memang milik kita berdua...

                  Hanya sabar, percaya dan ikhlas yang boleh mempertahankan dan mengekalkan hubungan ini.. InsyaAllah!

                  Tips!!
                  Walau sakit hati banyak mana pon.. Maafkanlah.. Ingat balik perbuatan yang baik si dia buat untuk kamu..

                  P.S: Semoga bahagia selalu milik kita...

                  Monday, February 27, 2012

                  Rezeki..

                  Bukan senang kan mahu jadi senang.. Naa xmintak untuk jadi kaya.. tapi cukup lah jadi senang.. Lengkap semua benda at least.. Tapi semua ini atas rezeki masing2.. Masa je yang menentukan semua.. Kena berdoa meminta dengan Allah.. Kena usaha jugak cari rezeki yang halal..

                  Demi mencapai semua wishlist Naa.. Duit harus di collect ! Iyep.. betol.. Slow2.. Sikit2 lame2 jadi bukit yer.. Al-Maklom lar.. baru lepas belajar.. baru slow2 start keje.. Memang xboleh menyimpan lagi kan.. Hurm.. Semua buat bayar hutang dulu.. beli macam2 dulu.. Gaji next month dah xde ape nak beli.. so boleh saving..

                  10 month left for saving.. Dalam 10k bole collect x?? hurmm.. kurang pasti.. ! Hopefully so.. sebabnye.. Awal tahun depan nak beli kereta pulak.. Nak kawen lagi... yup.. Chaiyook!

                  Misi 10K !

                  Sunday, February 26, 2012

                  Needs you.. M.O.N.E.Y

                  Iyes!

                  Saya mahu duit...! Adoi.. pening betol kan kepala bila fikir pasal duit nih! Kerja macam ni.. susah jugak nak collect duit.. Since gaji terhad.. Gaji 1k aje per month.. memang xmampu nak support Naa sorang.. mane lagi nak support orang laen kan..

                  So sekarang dalam agenda mahu collect duit! Yes betol! Jadi ape boleh aku buat?
                  1- Part time?? Dah pon.. Keje ngan kakak, tolong jage kedai die..
                  2- Menabung?? Not yet.. asik ade bende nak kene buat...

                  So.. Next plan..
                  >> Still Part time with kakak + another part time (Jual ape2 product..) + Saving at least RM 500 per month!

                  Calculation :-
                  Gaji kerja: RM 1100 - 11% EPF ( +- ) RM 950
                  Part time: RM 20 per day - 4days cuti = RM 520

                  Total = RM 1470

                  Expense :-

                  Wajib keluar:-

                  RM 600/month for Kutu (Sampai bulan 4 aje)
                  RM 200/month for ASB
                  Total RM 800

                  RM 1470 - RM 800 = RM 670 (Balance)

                  Kadang2:-

                  Makan + Minum = RM 300
                  Minyak + Kereta = RM 70

                  RM 670 - RM370 = RM 300

                  Finally hanya tinggal RM 300..

                  Private Saving = RM 200
                  Anonymous = RM 100

                  Tangan Kreatif !

                  Wah.. memang sangat suka menengok hasil kreatif tangan2 manusia ni kan.. Mana tak nye,, sangat banyak idea2 menarik yang boleh kita praktikan bersama.. Ni pasal DIY bunga okey.. Selamat mencuba.. =)


                  1- CARNATION

                  Ni la rupa carnation in real life okay...

                  DIY tutorial boleh tengok sini okay:-


                  2- POMANDERS

                   



                  3- ROSE




                  4- FLOWER IDEAS


                  Saturday, February 25, 2012

                  Kecewa??

                  Wah.. hari ni Sabtu.. mentang2 off day.. sempoi Naa jalan2 pegi Mesramall ngan kawan2 seperjuangan + Wal jugak!

                  Hurm.. Best laa jalan2 hari nih.. Tengok Adnan sempit 2.. sangat2 kelakar!! wah.. happening dalam panggung wayang!!

                  Okeh.. straight to the entry title.. Kenapa kecewa? sedangkan hari ni berbahagia.. Hurm.. ceritanya.. Naa and Wal made a little discussion.. about wedding + engagement.. Tapi.. pada pendapat dia, nak bertunang tahun depan je.. sebab bimbang orang akan cakap kami ni gelojoh.. baru aje abis study dh nak kawen..

                  Sedih + kecewa mendengarnya.. Ya! mungkin ade sesetengah orang berfikiran kolot akan fikir macam tu.. kenapa Naa cakap orang kolot akan fikir macam tu?? sebab.. bukan ke pernikahan harus dipercepatkan.. since kitorang dah lama kapel.. Wal x fikir ke hubungan kita ni yang akan menimbulkan fitnah?? Maksudnya.. kita tiada apa2 hubungan.. tiada sebarang ikatan.. even title tunang.. pastu keluar berduaan.. hmm.. kecik nya rasa hati ni..

                  Xpe lah.. kalau itu yang dia mahu teruskan.. Naa pon xkan paksa dia lagi.. even hal ni pon Naa tak mahu sebut depan dia lagi.. Tak perlu kot kami keluar berdua sangat..

                  Tak mahu daa fikir pasal Wal.. Baik aje teruskan usaha mau kurus!.. biar Naa angan2 sorang2 pasal semua hal Bride to Be...

                  P.S : "Kalau lah kamu tahu... aku hanya ingin menjadi yang halal bagimu..."

                  Friday, February 24, 2012

                  Misi Cinta ^_+

                  Need to reduce weight!

                  Actually benda nih lame daa Naa mau.. Kurangkan berat badan.. tapi sangat menyeksakan rasanya.. Susahkan nak turun berat nih.. Sakit hati please.. 

                  Tapi Naa memang mahu kurus sebelum Naa engage nanti.. hurm.. Since ni nak masuk bulan 3 dah.. lets start counting.. Maybe bulan 7-10 kitorang engage.. tu Naa punye score date lah kan.. So, Naa ada masa 4 hingga 7 bulan sebelum engage! Baju tunang kitorang xkan jahit lagi since memang Naa target nak kurus dulu..

                  Counting???
                  > Kalau 4 bulan means Naa ada 120 hari untuk turunkan berat badan.

                  > Target Naa untuk lost weight sebanyak 30kg.. (wow banyaknya!).. Berat Naa sekarang 94kg.. Kalo buang 30kg means 64kg only.. Yes!

                  > Tapi 30kg in 120 Day memang quite impossible! Kalau count.. 30/120 = 0.25kg per day.. Hurm... lump sum nyer 2kg per weeks.. Mampu ke??

                  Just Do It!
                  Taking a challenge to lost 2kg per week! = 30kg in 120 day!

                  Okay! i admit! sangat takot dan mencabar.. tapi kalo xbuat rugi.. betol kan.. 

                  So in advance to taking this challenge, Starting on 25.02.2012 Naa akan amalkan :-
                  1- No more nasi
                  2- Air masak yang banyak
                  3- No more makan malam
                  4- Banyakkan makan buahan + Sayuran
                  5- Taking supplement! Naa choose NurLizz to Slimming.. 
                  6- Kerja kuat @ Exercise
                  7- Berpuasa!

                  Thats all.. Impikan body macam nih -->




                  E-Day Part 7 - DIY Mini Dais (V1)

                  Talking of mini dais.. for E-Day.. Naa choose the simple but elegant one! Since E-Day aje.. means xboleh lebih grand dari Actual day la kan.. Jadi since jugak Naa hanya Budget Bride.. Naa akan buat yang terbaik for my day but less money to spend.. "Ok.. spend tenaga lebih xpe.. spend duit lebih kemudian faham??" (talk to myself)..

                  B2B on the blog ni majority using DIY la kan.. lagi jimat costing.. Naa pulak memang save cost for my own day since Naa & Wal sangat muda untuk buat weds yang besar.. kitorang belum ade kerja yang betol2 boleh support lagi.. Ye.. memang dah keje.. tapi belum mampu kumpul.. Since 1 month just 1K.. tolak macam2 tinggal berape sen aje yang boleh saving for our day kan..!

                  Then.. DIY is the perfect match.. lagipon DIY boleh recycle kan.. ^_^ Sangat suka saving2.. Sebab kalo xde duit.. Kasih sayang pon melayang agaknye.. jadi same2 saling bantu la kan.. No hard feelings..

                  Mini Dais..
                  Dais Naa nanti should be macam mana ye?? Okeh.. Idea2 DIY datang dari picture kat bawah ye.. ^_^ ..

                  4 above pictures ni taken from FILMSHOTARTIFACT ! sangat cantik kan..




                  2 above pictures ni DIY Intan sendiri tau.. sangat creative. ^_^

                  Cantik kan.. ^_^
                  Naa pulak macam mane outcome la nanti.. belum mendesign lagi.. ^_^

                  E-Day Part 6 - HAND BOUQUET

                  Engagement day Naa nanti should be simple aje.. Jadi after jalan2 round Blog B2B ni.. Naa jumpa satu pengantin yang sangat lawa.. Dia punya idea buat HB, just DIY aje untuk semua majlis dia nampak sangat menarik dan lain dari yang lain.. So, since kat Kemaman ni tak ramai yang guna DIY HB for majlis diorang. Naa mau try la..

                  Mahu menampakkan suatu kelainan dalam majlis tak semestinya kena berbelanja lebih.. Malah lagi menjimatkan kalau kita pandai arrange apa yang patot.. Ok. So HB Naa for E-Day nanti Naa akan DIY aje.. Baru lawa.. 

                  Ilham ni Naa dapat dari INTAN yang sangat cantik.. Lagi banyak corak & design boleh tengok kat Filmshotartifact ok.. Mereka mempunyai hasil tangan yang kreatif.. Tabik Springg gitu... ^_^
                  Ni dia contoh Hand Bouquet DIY.. Cantik kan..

                  Idea ! 
                  After guna untuk E-day, boleh guna sebagai hiasan on Guest table mase wedding pulak.. ^_^ kan sekali lagi jimat tu...!!


                  Thursday, February 23, 2012

                  E-Day Part 5 - BUDGET

                  "Dalam hati menaruh harapan.. Fizikal usaha sesungguhnya..."

                  Mau itu.. Mahu ini.. Bukan pakai Air liur saja sayang.. Semuanya guna duit.. Jadi.. Bajet yang mampu ada penting bagi mengelakkan kita melakukan pembaziran dalam membuat suatu urusan...

                  ~Anggaran Belanja~ (Naa)

                  > Persalinan
                  Since Naa yang beli kain jadi x perlu kot share duit ngan Wal. Naa kira bagi aje kat dia.. Sampin + Songkok + Butang Mutiara baju melayu, biar dia la yang beli sendiri.. Hahah..

                  Kain :- RM 42.50 (8.5 meter)
                  Upah Jahit :- RM 80.00 (2 Pasang)
                  Tudung :- RM 40.00 (Syria) + RM 15.00 (Tudung Inner) + RM 50.00 (Rent Veil)
                  Others (Manik, Kain untuk bunga) :- RM 30.00

                  TOTAL : RM 257.50

                  > Makanan
                  Untuk 50 orang makan sahaja.. Makanan yang ringkas Nasi dagang. Simple aje.. 

                  TOTAL : RM 250.00

                  > Pelamin
                  Kalo ikot mahu aje DIY.. Bajet must be Under RM100.. Tapi.. yang ni ikot keadaan sebab belum ada idea.. Jadi.. Kalo rental pon mau cari yang paling murah.. Just RM 200.00 max !

                  TOTAL : RM 200.00

                  > Hantaran
                  Hantaran masih belum tahu listing mahu bagi apa,, Tapi anggaran 1 dulang kurang dari RM 50.00.

                  Kalo 7 dulang = RM 350.00 to RM 500.00

                  TOTAL : RM 500.00

                  E-Day Grand Total: RM 1207.50

                  So.. Nak Selamat.. Naa prepared RM 1500.00 just for engagement. Harap boleh banyak save lagi..

                  ~Anggaran Belanja~ (Wal)

                  > Cincin
                  Cincin tunang dah beli.. Hanya RM 450.00 sahaja. 
                  Cincin merisik belum lagi.. Anggaran RM 300.00

                  TOTAL : RM 750.00

                  > Hantaran
                  Untuk 5 dulang aje.. 

                  TOTAL : RM 300.00

                  E-Day Grand Total: RM 1050.00

                  Tadaa.. Perempuan lagi kuar duit lebih ok.. So pihak lelaki jangan Mengira sangat OK!!


                  E-Day Part 4 - PERSALINAN (V2)

                  "Mengeratkan cinta bersulamkan rindu.. Merapatkan ikatan melalui pertalian.."

                  Entry lepas panjang sangat kalo nak citer pasal persalinan.. Sebabnye.. Memang yang ni agak utama sikit.. hehe.. So kita continue ok.. ^_*

                  Habis story pasal baju Naa.. Sebelum story pasal baju Wal pulak.. Tapi sebelum ru.. Nak cakap pasal tudung.. Tadaa... Ok.. Tudung Naa Material Chiffon yang di beli Online.. kat mane tuh?? AisyahScarf la.. Kebetulan Naa berkenan dekat warna nih..

                  Nah.. tu die warna nya.. lawa x?? 

                  Actually, Naa beli tudung dulu tau baru beli kain untuk baju.. hehe.. Tu la susah sikit nak cari warna.. since its memang limited! ^_*

                  Naa beli tudung ni total RM40.00 including postage.. Sangat berbaloi.. =)
                  Tapi.. tudung ni x sekali ngan bandana.. Tudung ni jenis Syria.. So.. Naa kene beli inner laen la nak pakai kat dalam tudung nih.. ! Maybe beli warna Cream la kot.. since baju pon combine ngan bunga kaen warna cream kan.. baru sesuai.. tapi.. yang menjadi tanda tanya.. ade ke orang pakai baju warna combine untuk majlis2 cenggini?? x nampak pelik??  Fuhh.. terasa cam berani la pulak nak mencuba.. Biar betikkkk!!~

                  Okeh.. betol ! Naa memang mau combine warna.. Tudung tu pon Naa mau taruk corak.. @ ker nak biar simple je???? Hurm.. Wondering!

                  Baju Melayu..
                  Al-Kesah baju melayu untuk wal pulak.. dari Material kain yang sama ngan baju Naa.. Wal bagitau dia mau buat leher bulat.. since dia belum ade macam tu lagi.. lagi satu.. bila tengok.. Memang sesuai untuk majlis sendiri baju melayu leher bulat nih.. Nampak formal & segak sikit.. hehehe...

                  After di google2... rupe-rupenya.. baju melayu leher bulat nih sebenarnye named as.. baju melayu cekak musang!! haha.. Mane la kami tahu... ^_^

                  Nih la contoh baju melayu cekak musang yang Wal mau.. Agaknye laa.. hehe

                  Baju wal ni memang tak mau cerita panjang la.. sebabnya.. x buat pulak hiasan kat baju dia.. 6t siap dulu baru  fikir balik ok.. hehe..

                  E-Day Part 4 - PERSALINAN (V1)

                  "Impian itu semakin hampir hanya apabila kita yang menghampirinya... "

                  For special E-day ! Apa yang aku mahu ek?? (Tepuk dada tanya selera..)

                  PERSALINAN

                  Since dalam hati memang da mahu kan.. Jadi slow2 Naa cari barang.. Biar nampak serius.. Walaupon Wal xde usaha ape pon.. (selain cari duit nak minang aku!).. Naa semangat2 pegi cari segala benda.. Kan bila semua dah ada.. Wal pon mesti xkan tertunggu lagi.. Hah.. tu dia.. Strategi baik punya.. La.. Mesti r.. Yang Naa impikan selama nie.. Jadi isteri dia yang sah.. So Naa la kene usaha lebih.. Bukan memaksa.. dan dia pon xkan terpaksa.. cuma mahu dia tahu.. "All things will be OK.. !"

                  Untuk persalinan RATU Sehari nanti on E-day.. Naa Dah beli tau kain untuk buat baju tu.. Tak tahu pulak ape jenis kain nye.. Warna Dusty purple.. Next entry Naa update gambar kaen tu okay! Since sekarang Screen phone buat hal.. Xbole nak tangkap gambar lagik.. Sabar2... ^_^

                  Macam ni la lebih kurang warna nyer.. Jangan salah paham ok.. Tu bukan baju tunang Naa.. 

                  Naa mahu buat sepasang.. Untuk Wal jugak.. Semua beli 8.5 Meter.. untuk 2 orang.. Al-Maklom la.. Naa ni chubby...(tapi comel ape.. hahaha) So.. Kebetulan pulak Kedai Pakaian Amni dekat Yellow Town kemaman nih memang buat offer untuk kaen2 yang kurang sikit orang pakai nih!

                  Holaa.. Actually Naa mau beli kaen kosong material Mishibishi.. ataupun Chiffon ke,, yang tak nipis sangat la.. tapi sangat-sangat susah mau cari warna yang Naa mahu.. Dusty Purple/Pink ni memang limited sangat.. But.. Finally jumpe jugak.. tapi entah material ape.. sebab saleswomen dia sendiri tak tahu kaen ape..

                  Budget??
                  Murah aje la.. Harga asal Rm15 aje semeter... tapi since dia cakap permintaan kepada kaen jenis Naa amik ni x tinggi.. sikit aje.. So.. Die pon buat offer.. RM5.50 / meter..

                  Tapi.. Naa dapat pada harga RM5.00 sahaja semeter.. Jadi untuk kain ni.. Total RM 42.50 sahaja untuk 2 pasang --> Groom & Brides..

                  Kalo bertunang sebelum puase kan boleh buat baju raya pulak kan3... ^_* (Wal kene forced lagik.. ahaha..)

                  Design??
                  Kalo ngan body Naa ni.. xbanyak design yang boleh try.. yang simple2 aje la.. Kurung, Kurung Pahang @ Kurung Moden aje.. So Naa pilih kurung moden >> Lengan biasa, Berzip belakang & Kain Kembang.

                  Kain Kembang lebih kurang macam ni.. ok kan?

                  Since Naa beli kaen kosong aje.. cuma kain tu ade structure aje sikit.. Naa mau letak Manik + Bunge2 cinta lip lap lip lap sikit kat baju tu after siap nanti.. Macam mane jadi agaknye tu ek??

                  Tadaa.. Haa... lebih kurang macam ni la..

                  Bunga pulak Naa mau warna Cream + Dusty Pink/Purple .. Yang Warna Cream tu cantik if guna Kain Satin / Chiffon.. Dusty Pink/Purple pulak guna kain Material Lace / Net / Organza.

                  Manik pulak mesti macam pearl dekat tengah bunga.. & manik kecik2 bertaburan atas baju tu warna campur Cream + Dusty Pink/Purple.. Tapi in case if tak match.. Naa akan cari la ape warna yang boleh masuk & baju jadi naik.. Iyes!!

                  Exactly macam ni lah warna, pearl & design bunga tu nanti.. Tapi.. 

                  Gambar atas takde lace yang terselit kat tengah macam gambar nih..
                  Jadi.. Macam selit2 gini jugak la dalam mind Naa.. 

                   Nanti Naa nak buat kasi cantik tau.. DIY Nanti Naa akan follow through blog KINA nih..

                  "Wished myself can make it as perfect as i can!!"

                  Preparation

                  Okey Sayang...

                  Nak bina masjid nih kene ada preparaton kan.. Banyak Fasa2 yang kene tempuh dulu.. okay.. Ni ade 1 info menarik.. yang Naa jumpe kat sini.. AK .. Jom menengok ape info tuh.. !!



                  See.. bukan senang nak kawen kan.. walau ape pon.. semua orang pon mahu lalui kan.. 
                  Korang rasa Naa dekat fasa mana??? Tadak!! (nah..) . Thats why la tak sabar sangat kan? .. 

                  Okay ! Jumpa satu.. Naa & Wal da amik kursus Pra-Perkahwinan. ^_^

                  Wal... cepat masuk minang.. !! Huh.. (Dalam hati je pon.. Tak berani mau suruh... Kantoii...)

                  E-Day Part 3 - IDEAS

                  " Im waiting for the day..."

                  Hey Goges.. B2B blog sane sini ade macam2 idea kan.. Sangat best bace & tengok deco2 DIY la.. & macam2 storey lagik.. So Naa pon mau imagine lar idea for E-Day Naa.. Through my mind... ^_^

                  IDEAS

                  "Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."
                  (Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

                  Ye.. Sangat tepat.. Pertunangan nanti Naa mau buat yang kecik2 sahaja.. Simple tapi cukup bermakna.. hanya sebagai langkah pertama menyatukan kami.. InsyaAllah.. Naa mau simple2 aje.. Lagipon.. B2B bajet ni.. xperlu membazir.. Gunakan duit ke arah yang lebih perlu.. 

                  So.. The Idea??

                  > Majlis kecil sahaja.. Sekadar keluarga + Saudara mara terdekat sahaja.. ok fine.. Best friend ever kene jemput.. kalo x terasa hati pulak.. Naa jugak yang xsedap hati kan3... Bajet2 tetamu 30 -50 orang sahaja..

                  > Pelamin + Hand Bouquet DIY bole x?? Ade orang nak sponsor x?? Hopefully so.. Hand Bouquet boleh la buat sendiri.. Ideanya.. Buat bunga tissue.. Simple bukan bermaksud xcantik kan.. !  Pelamin pulak macamane??  Yang ni TBA.. still fikir2 lagi.. o_O

                  > Beli Cincin & Barang hantaran masa Sales or harga tengah rendah.. lagi jimat.. 1 bentuk cincin dah settle.. cari sebentuk lagi Ok.. ^_^ .. Then, Barang hantaran pulak.. kalo nak lagi jimat.. bagi barang2 preparation untuk nikah.. Contohnya.. Persalinan untuk nikah.. 

                  Lagi idea.. Huh.. kene survey lagi kot.. cehh.. ^_*

                  E-Day Part 2 - THEME

                  Dreamy E-Day ! Will make it come true.. InsyaAllah..

                  Okay sudah.. Berangan jom.. tapi.. entry ni xla berangan sangat.. since.. memang ini yang naa mahu & slow2 tengah prepare.. ^_^ .. layan jom..

                  THEME

                  Big Day kita kan.. mesti mau yang cantik2 ye kan.. So Naa sangat minat warna yang terserlah kepastelan nya yang lembut.. memang Naa suka warna lembut tapi menarik perhatian.. Jadi untuk E-Day.. Naa combine dua warna pastel.. Pearl Cream + Dusty pink / purple.. 



                  Ok.. Macam ni la lebeh kurang warna tema Naa ok.. Tapi.. Dusty Pink tu lagi gelap sikit.. More to purple.. hehe.. ni kes lari tema dah.. hoho.. Kantoi.. !!

                  Ok Excited dah.. Cantik kan!! Hopefully... We'll see..

                  E-Day Part 1 - READY


                  The preparation must be made early right !!
                  Okay! Naa faham.. Naa excited sangat kan.. Entah bila la agak nye Naa & Wal akan engaged kan...
                  Since Naa baru lagi keje.. duit xsempat mengumpul.. Laginye.. Wal pulak still study lagi.. few month lagi nak habes.. jadik.. duit pon tarak lagih...

                  Tapi... Kitorang punye relation daa 3 tahun ++ da.. Naa xmau tunggu lame sangat.. Nak jadi wife dia cepat2... Then.. Naa mau save the date.. tarikh kitorang couple.. 01.10.2008 !! Jadi.. By hook or by crook he must be my fiancĂ©e before or at 01.10.2012 ! Yes!

                  Okey.. Wal da terpakse kot sekarang! haha (naik tanduk daa...) 
                  Haha.. Tapi cadangan Naa.. Raye ke-3 okay da kot buat majlis.. since mase tu semua cuti kan.. ^_^

                  So.. The Preparation?? Mesti la start sekarang kan3... Kalo x.. Bile entah boleh Nikah pulak..

                  Ape perlu prepare for E-day? (ala-ala FAQ gitu..)
                  > Cincin
                  Okey.. Cincin.. ade jugak orang bagi 2 bentuk cincin sekali.. 1 for Merisik + 1 for Tunang.. Since buat sekali harung aje kan.. & the greatest.. Yang ni kitorang daa beli awal2 lagi dah.. Hehe.. Tapi 1 bentuk je dulu.. Yang belah rotan for risik belum lagi yer... Xpe2.. Coming soon Naa bodek Wal suruh beli neh.. (maen bodek2 ni best nih..)

                  > Baju Persalinan
                  Tadaaa... For baju.. Must follow the theme!! & Perlu beli sepasangan atau Naa sorang aje nih??.. Okes baby.. Ulasannye.. Actually.. Naa already bought kaen + tudung for this one.. cume x pegi tempah buat je lagik.. Sebabnye.. E-day kitorang xtau lagi bila.. maybe 5 bulan ++ lagi dari sekarang.. So.. So what?? haha.. Naa ade chance nak diet nih.. bole lagi turun 10 kg Nih.. (Hadooii.. Camno nak buang 10kg ni??).. 
                  Untuk baju persalinan ni.. Naa beli tudung dulu mulenya.. beli on9.. lawa bole tahan.. ade 2 layer & 2 kaler kat tudung tuh.. Belacan punye.. tapi.. sesangat susah nak cari kaen buat baju kaler belacan yang serupa ngan tudung tuh kat kemaman nih.. Last2 jumpe jugak.. tu pon agak lari tema sikit.. since naa mau kaler dusty pink tapi just ade dusty purple.. then amik je la.. kalo xde terus lagi susah.. (Okey.. Panjang sangat... next entry la pasal baju persalinan OK ! )...

                  > Hantaran 
                  This one Naa xsure lagi nak bagi ape & balas ape.. Cume.. Naa mau yang simple aje.. 7 balas 5 orait.. Senang + Jimat ! **Also Must follow the theme!!

                  > Pelamin
                  Dais ni naa sedang pertimbangkan lagik... mau DIY @ Rent.. Any idea?? **Also Must follow the theme!!

                  > Makan2
                  Yang nih simple2 suda la.. Nasi dagang bole?? hehe Terengganu ni lagi senang Nasi dagang kot.. ^_^

                  Okey habis !!